Apakaah six sigma

Jika dilihat pada masa kini, banyak organisasi berusaha melakukan banyak penambahbaikan menggunakan metodologi Six Sigma untuk memastikan mereka akan terus relevan di dalam pasaran. Banyak taktik dan teknik dilakukan seperti peningkatan mutu produk dan perkhidmatan, pengurangan kos mahupun memastikan perkhidmatan yang pantas dan efisien. Mungkin menjadi persoalan untuk sesetengah orang, apakah six sigma?

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi berkenaan definasi six sigma dari sudut konsep dan statistic.

Six Sigma merujuk kepada teknik penambahbaikan proses berteraskan data (data driven) yang menggunakan pendekatan DMAIC (Define, Measure, Analyze, Improve & Conrtrol) untuk mencapai kepuasan pelanggan dan mencapai tahap 6 sigma (6σ).

model DMAIC bahasa

Dalam kerangka definasi ini, kita boleh pecahkannya kepada 4 elemen asas iaitu:

  1. Teknik berteraskan data
  2. Pendekatan DMAIC
  3. Penambahbaikan untuk kepuasan pelanggan
  4. Tahap 6σ

Teknik dan Pendekatan DMAIC

Mungkin sebelum ini kita pernah tahu berkenaan Deming Cycle atau PDCA (Plan-Do-Check-Act) di dalam teknik menyelesaian masalah yang konvensional.

Metodologi six sigma menggunakan pendekatan DMAIC berbanding PDCA dalam perlaksanaannya. Kami ada menulis berkenaan perbezaan DMAIC dan PDCA di dalam artikel yang lepas

For Dummies: Continuous Improvement 101

Di dalam setiap fasa DMAIC, terdapat teknik dengan tujuan-tujuan yang khusus.

Kita boleh lihat lebih dari 80% teknik menggunakan data dan statistik sebagai teras. Maka, kita boleh simpulkan bahawa six sigma ini merupakan metodologi yang berteraskan data dalam membuat sesuatu keputusan, bukan sekadar berteraskan agakan atau ‘rasa-rasa’.

Kepuasan Pelanggan

Di dalam six sigma, pelanggan adalah raja. Berjaya atau tidak sesuatu penambahbaikan itu, dinilai dari sudut pandang pelanggan. Tidak kiralah, pelanggan dalaman (pihak yang menggunakan output dari proses kita sebagai input mereka) atau luaran (pihak yang membeli produk atau servis kita).

Definasi kejayaan yang ditakrif di dalam six sigma adalah apabila kita berjaya menutup jurang (gap) antara kehendak pelanggan (Voice of Customer) dan kemampuan operasi serta proses kita (Voice of Process).

Voc and Vop

Tahap 6σ

Definasi paling ringkasnya, tahap 6σ ini merujuk kepada suatu tahap dalam proses kita yang menghampiri kepada “kesempurnaan”.

Secara teknikalnya, tahap sigma ini merujuk kepada kecekapan proses (process capability), semakin tinggi tahap sigma, maka semakin baguslah sesuatu proses itu.

Jadi apakah itu six sigma? Di dalam statistic, merujuk apabila mencapai tahap 6σ ini, proses berkenaan kebarangkalian untuk menghasilkan kesalahan (defect) hanyalah sebanyak 3.4 dari 1,000,000 unit. Ini bermakna 99.99966% hasil adalah bebas dari kesalahan.

Jika dibandingkan pula dengan proses yang mencapai tahap 5σ, makai a bermakna proses berkenaan kurang cekap. Kebarangkalian untuk proses berkenaan menghasilkan kesalahan lebih tinggi, iaitu 233 kesalahan dalam 1,000,000 unit.

Maka menjadi persoalan pula, apakah kewajaran untuk kita mencapai tahap 6σ? Tidakkah situasi ini hanya terlalu melampau (overkill)?

Jadual di bawah menunjukkan impak perbezaan sekiranya proses yang cekap di tahap 6σ berbanding 3.8σ.

what is six sigma

Secara asasnya, sekiranya proses kita mempunyai volume yang tinggi dan risiko impak dari kesalahan itu besar seperti industri penerbangan, kesihatan, dan banyak lagi. Maka wajarlah untuk sesebuah organisasi itu mencapai tahap 6σ.

Simbol sigma adalah salah satu dari alphabet Greek yang sering digunakan di dalam matematik. Simbol sigma yang digunakan di dalam metodologi six sigma adalah huruf kecil sigma; σ yang merujuk kepada sisihan piawai (standard deviation). Manakala huruf besar sigma (Σ) pula sering digunakan untuk merujuk kepada jumlah (sum).

Maka menjadi persoalan yang seterusnya.

Maka di dalam statistik,untuk mencapai tahap kebarangkalian yang amat rendah dalam membuat kesalahan (3.4 dari 1,000,000 unit), maka ini bermakna proses berkenaan amat tepat dan jitu sehingga boleh membuatkan 6 sishan piawai di antara pencapaian yang purata hingga kepada had spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan.

what is six sigma 1

Maka jika tahap sigma sesuatu proses itu menurun, ia mermakna semakin besar variasi (variation) dan tahap konsistensi juga semakin menurun.di dalam proses berkenaan. Ini bermakna, kesalahan di dalam output semakin meningkat. Dan apabila kesalahan meningkat, timbul pula pelbagai masalah lain seperti, aduan pelanggan, scrap, hilang pelanggan, rework dan banyak lagi impak yang akan meningkatkan kos.

Maka untuk mencapai tahap 6σ, metodologi six sigma digunakan dalam memastikan sesebuah organisasi itu mampu mencapai kepuasan pelanggan secara maksima.

Hubungi kami di sales@inprolink.com untuk membantu menambahbaik proses di organisasi anda menggunakan metodologi six sigma